Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

LEBIH BANYAK perancangan untuk membantu rakyat akan dilaksanakan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Itu janji Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang yakin mampu untuk terus memberi manfaat kepada rakyat berdasarkan rekod pentadbirannya selama setahun empat bulan.

Menurut calon BN bagi kerusi P.090 Bera itu, beliau telah berjaya memacu negara menghadapi tempoh sukar ketika pandemik Covid-19 dengan memastikan rakyat terbela daripada pelbagai aspek.

“Kita mempunyai masa setahun empat bulan…waktu amat singkat, dan ketika saya mengambil alih, isu terbesar adalah nyawa manusia.

“Kita berdepan 24,000 kes positif COVID-19, kita berdepan beratus kematian harian, kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital hampir lumpuh, jadi fokus kita peringkat awal isu COVID-19, sektor ekonomi semua ditutup, kita nak buka semula,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Baca lagi: Ismail Sabri sertai Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, beliau yakin rakyat akan bijak memilih kerajaan terbaik selepas dua minggu berkempen dalam pilihan raya kali ini.

Ujar calon Perdana Menteri ke-10 itu, beliau berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada BN bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk negara.

“Saya janji kalau kita diberi peluang lima tahun lagi banyak perancangan untuk rakyat dapat dilaksanakan kerana kita mempunyai jangka masa panjang untuk ambil tindakan apa kita rancangkan.

“Nasihat saya kepada mereka yang mampu jaga kepentingan masa depan mereka adalah BN, jadi nasihat saya dan bukan setakat nasihat saya menyeru terus berikan sokongan kepada BN menjamin masa depan mereka lebih baik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram