“TENGKU Zafrul tak mahu susahkan rakyat,” demikian bisik seorang pegawai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika melihat jadual kempennya yang amat padat.

Sepanjang tempoh berkempen selama 14 hari, Tengku Zafrul memiliki antara 26 ke 27 program setiap hari bermula dari awal pagi sehingga lewat malam bagi berjumpa pengundi.

Beliau mengambil pendirian ‘biar kita jumpa rakyat bukan rakyat jumpa kita’ dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malah, Tengku Zafrul melihat, pendekatan turun berjumpa kelompok pengundi secara kecil-kecilan dapat mendekatkan diri calon dengan masyarakat setempat.

Ianya sejajar dengan cogan kata kempen PRU-15 beliau iaitu dengar, hayati dan selesaikan.

“Saya tak buat program besar-besar, saya pergi jumpa rumah ke rumah, saya pergi jumpa program kecil-kecilan 100 orang, 200 orang kerana saya percaya sentuhan dengan pengundi ini penting.

“Dan itulah fokus saya dan saya konsisten sampai ke akhir, kita akan buat benda-benda yang sama. Saya kadang-kadang tanya juga rakan-rakan saya kenapa kita tak buat satu, dua, tiga yang besar punyakan.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz beramah mesra dengan sebahagian orang ramai ketika mengadakan Walkabout di Dataran Alam Suria, Puncak Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Dengar, hayati dan selesaikan, lebih 50 aku janji Tengku Zafrul untuk Kuala Selangor

“Tetapi yang penting ialah pengundi itu dapat bercakap dengan kita, bersembang dengan kita, mengenali kita lebih baik, caranya memanglah kalau tengok program saya hari ini 26 program, semalam 27, memang banyak tapi semua kecil-kecil tapi more personal,” katanya ketika ditemui UtusanTV, baru-baru ini.

Mengulas mengenai pengundi 18 tahun, Tengku Zafrul melihat golongan ini dinamik kerana mereka ada kehendak serta keperluan tersendiri.

Sebagai contoh di Kuala Selangor katanya, rata-rata golongan muda mengadu mahukan lebih banyak peluang pekerjaan, selain memperbaiki kemudahan riadah sesuai dengan minat mereka dalam bersukan.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz beramah mesra dengan sebahagian orang ramai ketika mengadakan Walkabout di Dataran Alam Suria, Puncak Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Ujarnya, sukar untuk membuat bancian mengenai kecenderungan parti mana menjadi pilihan pengundi 18 tahun ini, namun beliau percaya calon yang dapat meyakinkan mereka dengan aku janji atau manifesto akan mendapat sokongan.

“Pengundi 18 ini kerana mereka kali pertama mengundi, saya pendapat peribadi memang kita susah nak membuat bancian sama ada mereka menyokong parti mana.

“Kita pun kadang-kadang bila turun ke lapangan tanyalah yang muda-muda ini, mereka berpendapat mahu look and see, dia nak lihat dulu siapa calon.

“Budak-budak muda sekarang ini there are know what they want, dia nak tahu apa yang mereka dapat juga, bila saya jumpa mereka hendak saya fokus isu pekerjaan contohnya.

“Bagi yang masih belajar dia nak kemudahan awam, padang bola tolonglah baiki banyak batu, tolonglah adakan lagi basketball court, sepak takraw, badminton, benda-benda begitu,” katanya lagi.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz beramah mesra dengan oarng ramai ketika mengadakan Walkabout di sekitar Puncak Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram