Kerap kali kita digula-gulakan dengan tip pelancongan bajet asal boleh segelintir backpackers yang hanya membelanjakan jumlah kecil untuk melancong ke beberapa buah negara Eropah, walau hakikatnya percutian ‘ikat perut’ ini banyak membataskan pergerakan dan kepuasan dalam menikmati keindahan alam.

Tidak salah berbelanja lebih demi merasai sendiri budaya dan makanan tempat orang kerana ianya pengalaman sekali seumur hidup. Jangan menggunakan konsep ‘touch and go’ dalam melancong, asal jejak kaki dan ambil gambar tanpa menerokai budaya tempatan.

Percutian DIY ke Switzerland yang dikongsikan Rohizani Yaakub ini cukup menarik kerana kumpulan ini menggunakan masa dan bajet yang bersesuaian dan berbaloi. Dengan bajet kasar RM8500 seorang, kumpulan ini menghabiskan masa selama 13 hari menjelajah Switzerland dan Milan.

Ini itinerari yang boleh dijadikan panduan.

Autumn in Interlaken

#Switzerland

19 – 27 Oktober 2022

*

Trip kali ni ada 12 orang. Terpaksa tolak beberapa orang kawan sebab dah over limit, dengan tawaran akan dibawak ke tempat lain 2023 nanti.

*

Seperti biasa, trip DIY ni kena study lah. Mengalahkan study nak SPM! Cari macam2 maklumat:

Route

fFight apa

Penginapan

Transport

dan lain-lain…

*

Memandangkan harga tiket bukan murah, kami decided nak spend 8 hari di Swiss dan 5 hari ni Milan (Itali). Kami beli flight Qatar Airways, multi-city: KL – Zurich, Milan – KL

Flight tiba 7 pagi 20hb Okt di Zurich, terus ambik train ke Interlaken. Kalau naik train, tolong duduk sebelah kanan. Pemandangannya sangat cantik terutama bila tiba Lungern. Aduhhhh…cantik sesangat wehhhh.

Check-in Townhouse Sleeps 12 (booking.com). Rumah ni lengkap segala2nya. Dapur, mesin masuh, iron, dll. Kami ambik teksi dari OST, CHR20/4 orang. Bas stop depan rumah. Kami ambik teksi sebab nak cepat, lagi pun baru sampai dengan beg2 semua. Senang.

Setelah bersih diri, makan, kami jalan kaki ke stesen funicular ke Harder Kulm, menikmati pemandangan dari atas gunung. Unterseen pun cantik sangat masa tu…bunga2 kembang.

Zweisimmen – enroute Panoramic train to Montreux

21hb : Zermatt. Ambik route jauh sebab nak naik Panoramic Train Zweisimmen-Montreux. Subhanallah…sangat2 cantik hingga penat sebab sesak napas. Ladang anggur pun banyak. Jalan2 Zermatt…balik ke Interlaken.

22hb : Grindelwald. Sampai situ, ambik bas masuk kampung. 103 lalu di kawasan berbukit2 dan 101 masuk kawasan meadow. Pemandangan…awesome!

Lepas tu kami ke Wengen. Jalan2 melalui celah2 rumah yang cantik. Selesai situ, kami ke Lauterbrunnen. As usual, tengok Staubach falls dan merayau2 kat valley tu.

Dah petang, balik ke Interlaken.

23hb : Check out, terus ke pier naik cruise pukul 9.00 pagi di Lake Brienz ke Isetwald. Pier tu betul2 berdepan dengan stesen OST. Ingat nak simpan beg di stesen, tapi sebab dah lambat, kami tolak je beg masuk boat! View pulak…Tak payah cakaplah…kiri kanan, depan belakang, atas bawah…semua cantikkkk…

Tiba di Isetwald, selain jalan2 explore, kami beli local cheese yang dijual kat situ. Yakmat sedap katanyaaa. Makcik cheese tu macam tak perlu meniaga seminggu sebab kami memborong sakan…

Kami balik ikut boat jugak jam 12 tgh. sampai di OST, ambik train ke Luzern. Check in Anastathotel (highly recommended. cari di booking.com). Apartment fully furnished. Bus stop depan hotel.

24hb : Mt.Titlis (ini kena bayar CHR12 dgn STP). Hari ni salji lebat. Jadinya enjoy salji ajalah. Lepas tu balik ke Luzern. Separuh mokwo dah penat, nak balik awal, silakannn. Kami ber5 naik train ke Basel (1.5 jam). Jalan2 sikit…ambik2 gambar. Balik ke Luzern.

25hb : Cuaca baik sungguh. Jalan2 ke Chapel Bridge sementara tunggu bot ke Vitznau jalan. Dari Vitznau ke Rigi Kulm (free dgn STP). Naik train duduk sebelah kiri. View…masyaAllahhhh… Enjoy lunch kat Rigi Kulm. Pemandangan…A++

26hb : check out ke Zurich. Terus check in di Homestay Zurich Center (penginapan ni pun dapat di booking.com. Hawau tuan rumah ni. Dia tukar apartment asal dengan yang lain…bagai nak patah kaki menapak! Apartment asal, 300 m je dari tram stop…tapi apartment baru ni macam dah 800m. Jangan pilih apartment ni! Jahat tuan rumah ni). Selesai solat, terus keluar, naik train ke Rheinfalls. Another marvel ciptaan Allah. Gorgeous! Nak masuk kena bayar CHR5. Berbaloi2! Penat menapak hilang serta-merta.

27hb : check out awallll…nak catch train ke Chur, sebab nak ambik Bernina ke Tirano (bayar CHR24). Sepanjang perjalanan dihidangkan dengan pemandangan yang memukau…wowww…lain cantiknya berbanding kawasan Bernese Oberland atau Jungfrau.

Bernina stop lama di Alps Gurm dan kami dibenarkan turun untuk menikmati pemandangan yang sungguh2 memukau. Tak payah cakaplah…cantikkkk.

Tiba di Tirano, maka berakhirlah kembara kami selama lapan hari di Switzerland. Kami teruskan ke Itali. Ceritanya dalam next posting lah.

#bilamokwo2travel”

Kredit : Rohizani Yaakub