AHMAD MASLAN

HASIL kajian lapangan yang menunjukkan jangkaan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hanya perang psikologi untuk melemahkan Barisan Nasional (BN).

Malah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan ianya sebagai tidak tepat sama sekali.

Tegas beliau, hasil kajian itu juga dilihat cenderung kepada satu pihak dengan mendakwa ia akan menang dan BN bakal kalah besar.

“Dulu pun ada kajian sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, BN kalah. Begitu juga sewaktu PRN Johor pada Mac lalu, BN juga kalah.

“Memang banyak kajian dikemukakan menyatakan BN akan kalah ketika PRN Johor dan Melaka, tetapi akhirnya yang berlaku, BN menang.

“Itu semua ‘psywar’ jahat. Mungkin akan ada banyak lagi hasil dapatan kajian yang akan dikeluarkan dalam masa beberapa jam lagi sebelum hari mengundi pada Sabtu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Keputusan kes MH17 jadi tanda aras penting cari kebenaran – PM

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu program ramah mesra, hari ini.

Ahmad berkata, semua pihak termasuk pengundi perlu berhati-hati membaca kajian yang dikemukakan.

“Kajian dibuat melalui pelbagai kaedah. Ada kajian yang berat sebelah atau kajian yang menyebelahi pihak tertentu.

“Oleh itu, saya berpandangan banyak kajian dibuat, tidak tepat. Ini kerana bila selesai pilihan raya orang yang di kata kalah akan menang,” katanya.

Semalam, EMIR Research mengeluarkan ramalan keputusan PRU-15 dengan beberapa keputusan mengejut termasuk beberapa pemimpin ‘heavyweight’ parti tewas di Parlimen ditandingi mereka.

Antara yang diramalkan EMIR Research akan tewas pada PRU-15 ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram