Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir ke Majlis Pelancaran Manifesto Perikatan Nasional di Shah Alam, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

MALAYSIA seperti negara-negara lain di dunia sedang menuju negara menua atau ‘the aging nation’.

Dengan jangka hayat penduduk yang lebih panjang, kerajaan mesti prihatin untuk memelihara kebajikan warga emas.

Justeru, Perikatan Nasional (PN) menawarkan beberapa inisiatif untuk warga tersebut demi membela mereka.

Tawaran Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang atau PN BEST akan menubuhkan Jabatan Warga Emas untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan, program kebajikan dan keselamatan sosial bagi membantu mereka menjalani kehidupan sejahtera dengan persekitaran kondusif.

Selain itu, turut diperkenalkan adalah skim lawatan doktor ke rumah bagi memudahkan penjagaan kesihatan warga emas.

Baca artikel lain: Tawaran PN BEST segerakan kajian pindaan perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan

Pada masa sama, PN tidak pernah melupakan nasib Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menawarkan mereka beberapa inisiatif.

Antaranya mewajibkan fasiliti mesra OKU di semua bangunan awam dan premis swasta.

Selain mewujudkan sistem sokongan bersepadu dengan menambah baik Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan memperkasa program pemulihan seperti rawatan perubatan atau latihan vokasional.

Aktiviti menggilap potensi golongan itu juga akan dipergiat melalui Program Latihan OKU Berdaya bagi lepasan sekolah.

Ia sebagai persediaan memasuki pasaran pekerjaan serta memperkenalkan Dana Niaga Khas berjumlah RM20 juta bagi membantu usahawan OKU.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram