Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani GAMBAR: Abd Razak Aid

ORANG ramai dinasihatkan tidak perlu berasa bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya terus bersedia dalam menghadapi hari pengundian.

Kata beliau, selain 80,000 petugas yang akan terlibat secara langsung dengan penugasan PRU-15, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah menggerakkan kesemua elemen yang ada.

Acryl Sani memaklumkan, ia bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terjamin terutama pada hari pengundian dan seterusnya semasa pasca PRU-15.

“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: PM seru Keluarga Malaysia tunaikan tanggungjawab

“PDRM memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang cuba mengancam ketenteraman awam terutama yang boleh menjejaskan perjalanan proses pengundian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, PDRM juga telah melaksanakan ‘Op Lancar’ dengan tumpuan kepada lokasi-lokasi strategik yang kerap berlaku kesesakan lalu lintas bagi memastikan kelancaran aliran trafik.

“Semua pihak diingatkan tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat terbuka atau perarakan bagi meraikan kemenangan setelah PRU-15 berakhir.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar demi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram