Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang GAMBAR: Abd Razak Aid

KERJASAMA antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disifatkan tidak akan berlaku sama sekali.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan Bernama.

Menurut Abdul Hadi, PN tidak akan bekerjasama sama sekali dengan BN.

Kata beliau, gabungan itu akan berusaha untuk mendapatkan majoriti kerusi di Parlimen pada hari penentuan, esok.

“Dasar kita, kita tidak akan bersama dengan parti yang agresif, yang ekstrem seperti Pakatan Harapan dan parti yang tidak bersih daripada rasuah. Kita tidak buat rasuah dan kita tidak akan ikut (perbuatan itu),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Jelajah PN BEST Grand Finale PRU-15 di Padang Astaka, Chukai, malam tadi.

Baca artikel berkaitan: Muhyiddin yakin gelombang rakyat bersihkan sampah sarap politik dalam PRU-15

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas mengingatkan saf kepimpinan parti itu supaya tidak terlibat dengan sebarang provokasi dalam tempoh PRU-15.

Beliau sebaliknya menasihatkan mereka supaya mengambil pendekatan damai dalam menyampaikan mesej selaras dengan dasar ‘menerang dan bukannya menyerang.’

Katanya jika terdapat pemimpin yang dilihat agresif dan bertentangan dengan dasar tersebut, mereka akan disekat daripada menyampaikan sebarang mesej seperti ceramah dan akan dipantau.

“Itulah konsep dan prinsip yang kita bawa. Mana-mana kalangan kita yang mengambil pendekatan ‘menyerang,’ kita ‘gam.’ Hentikannya daripada berceramah. Tindakan itu ada, kita tidak mahu (perkara sedemikian) kerana PAS adalah parti demokratik dan aman sejak dahulu lagi.

“Kita hentikan dia berceramah termasuk menulis (di media sosial),” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram