Bendera Barisan Nasional (BN). GAMBAR BERNAMA.

BARISAN Nasional (BN) diramal memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selain Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, The Economist Intelligent Unit (EIU) yang berpangkalan di United Kingdom (UK) melaporkan, BN berkemungkinan tidak akan mendapat kerusi yang mencukupi bagi memperoleh majoriti dua pertiga.

Pakar Ekonomi EIU, Fung Siu berkata, BN mungkin akan membentung kerajaan gabungan susulan daripada situasi tersebut.

Katanya, penurunan umur mengundi kepada 18 tahun di bawah inisiatif Undi18 tidak mengubah corak umum pengundi.

Sebaliknya, katanya lagi, pengundi akan kembali kepada keutamaan iaitu berasaskan kaum.

“Ini kemungkinan membawa kerajaan campuran lain yang terdiri daripada BN dan parti-parti bercanggah yang lebih kecil,” katanya seperti dilapor Dagang News, hari ini.

Inisiatif Undi18 bersama dengan pendaftaran pemilih automatik membawa kepada anggaran 6.23 juta pemilih baru berdaftar untuk PRU-15.

Sebelum ini, Ilham Centre melalui dapatannya melaporkan, 52.8 peratus responden bersetuju Ismail Sabri wajar diberikan peluang untuk mengemudi kerajaan untuk tempoh yang lebih panjang demi kepentingan rakyat.

Kajian yang dilakuan pada 20 Oktober hingga 6 November itu memfokuskan kepada tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri dan dasar yang beliau perkenalkan.

Jelas panel, secara umum, skala 80 peratus menunjukkan responden bersetuju pembukaan semula ekonomi pada 1 April 2022 lalu merupakan tindakan tepat dan Perdana Menteri berjaya mengeluarkan negara daripada pandemik COVID-19 menuju fasa endemik.

Selain itu, jelasnya, 78 peratus responden bersetuju terhadap peruntukan subsidi RM 77.7 bilion oleh kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang dianggap terbesar dan dirasakan perlu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram