Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi kurma ayam yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam | potong kecil
2 biji ubi kentang | belah empat
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar | belah 4
3 cm halia
300 ml santan pekat
4 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar yogurt
1 sudu kecil kas-kas | rendam dalam air panas dan kisar | pilihan
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa
Minyak sapi /minyak masak secukupnya
2 tangkai cili hijau | belah dua
Daun pudina

CARA MENYEDIAKAN
1.Ayam dibersihkan dan tuskan airnya.
2.Separuh dari bawang putih, bawang merah dan halia dihiris halus-halus. Selebihnya dikisar halus.
3.Campurkan bahan-bahan kisar bersama rempah kurma dan gaul sebati.
4.Panaskan 2 hingga 3 sudu besar minyak di dalam kuali, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan-bahan hiris tadi hingga naik bau.
5.Masukkan campuran rempah kurma ke dalam kuali dan tumis hingga pecah minyak.
6.Masukkan ayam, ubi kentang dan separuh santan, didihkan hingga ayam dan ubi kentang lembut.
7.Jika suka menggunakan kaskas, masukkan ia ke dalam periuk dan kacau rata.
8.Masukkan lebihan santan, kerisik, yogurt, garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi hingga ayam benar-benar empuk.
9.Akhir sekali masukkan cili hijau dan daun pudina.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Sedapnya tauhu telur sos tiram ni. Resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba! #resipi #resipimudah #resipitiktok #resipisimple #fyp #foryou #tiktokmalaysia #myfoodie #makanlokal #malaysianfoodie #majalahsaji #saji #utusantv ♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram