Mangsa ditemui orang awam di hutan dalam keadaan tangan dan kaki diikat manakala mata dan mulut ditutup.

SEORANG pemandu lori disamun tiga individu sebelum ditinggalkan di satu kawasan hutan dekat Kampung Jalan Raya Tajur, Kampung Curugpanjang, Banten, petang kelmarin.

Memetik laporan Tribun Banten, mangsa Ucu Mulyadi, 35, berasal dari Pandeglang ditemui dalam keadaan diikat tangan dan kaki dengan menggunakan tali rafia sementara mata dan mulut ditutup.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lebak, Iptu Andi Kurniady berkata, kejadian berlaku sewaktu mangsa dalam perjalanan pulang dari Pandeglang ke Saketi.

“Tiba di kawasa Mengger, tiga individu menahan mangsa dan meminta untuk menumpang ke Bojong-Pandeglang dengan bayaran dipersetujui sebanyak 150,000 rupiah (RM43.57),” katanya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kira-kira pukul 5.30 petang, salah seorang suspek yang berada di tempat duduk belakang bertindak mengacu sabit di leher mangsa.

Baca artikel : Dua lelaki samun klinik gigi, tiga pembeli ditahan polis

Malah, mangsa juga diugut dengan pisau dan senjata api.

“Mangsa kemudian dibawa ke tempat duduk penumpang di belakang lalu kaki dan tangan diikat dengan menggunakan tali rafia sebelum dibuang di hutan,” ujarnya.

Mangsa ditemui oleh orang awam selepas dua jam dibuang oleh suspek pada pukul 8 malam.

Suspek telah melarikan diri dengan membawa Suzuki Futura dan telefon bimbit milik mangsa.

Andi berkata, mangsa telah dibawa ke balai polis dengan bantuan penduduk.

“Mangsa dalam keadaaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram