Tular di sana sini pencuci mulut Buko yang divariasikan dengan pelbagai perisa. Setiap suapan penuh dengan kemewahan rasa berkrim, warna warni gabungan setiap adunan, memang cukup enak. Lebih-lebih lagi andai disajikan ketika cuaca panas.

Resipi Buko Pandan Filipina ini cukup mudah untuk disediakan dan bahan-bahannya juga agak ringkas dan senang didapati.

“Resipi Buko pandan Filipina…SEDAP SANGAT RESEPI NI!!!

Alang-alang buat biar puas hati itu banyak isi. Simpan dalam peti tahan 3-4 hari. Enak dinikmati ketika cuaca panas 😋

Bahan :

1 pekat Agar-agar serbuk perisa pandan – masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan

1 cawan teh Biji sagu

1 sudu kecil Coconut Pandan Emulco

1 tin Krimer sejat cair SAJI Malaysia – (jika kurang kuah boleh lebihkan)

1 cawan teh Shipping cream non diary – pukul tak perlu sampai kembang

1 cawan Air gula – ikut manis yang disukai

1 mangkuk Isi kelapa

1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa – ambil isinya sahaja

Ais secukupnya

Buah logan jika suka

1/2 cawan Biji selasih yang telah kembang (rendam dalam air panas)

P/S: Boleh masukkan beberapa titik pewarna hijau untuk warna sedikit kehijauan

Kredit: Aisyah Humaira

Kredit : Qaseh Ilahi