Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

CALON Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersedia dengan apa jua keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) malam ini.

Jelas Dzulkefly, beliau telah melakukan usaha yang terbaik sepanjang tempoh berkempen dan berserah kepada ketentuan takdir dalam perebutan kerusi di Kuala Selangor.

“Pasti (terima sebarang kemungkinan) malam ini. Saya memohon kepada Allah untuk memberikan yang terbaik dan takdir ditetapkan Allah itu mengatasi segala-galanya.

“Saya memberikan usaha yang terbaik dan selain daripada itu kita serah kepada Allah,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Baca lagi: Pakatan Harapan amal politik dendam, kata Ismail Sabri

Mengulas lanjut, Dzulkefly turut menasihatkan golongan Undi18 dan mereka yang berpeluang untuk mengundi buat pertama kali untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Menurut Dzulkefly, beliau tidak menafikan faktor Undi18 sebagai satu daripada risiko menjejaskan peratusan mengundi.

“Saya yakin peratusan keluar mengundi akan capai lebih 75 peratus,” ujarnya.

Dr Dzulkefly yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor berkata, sepanjang dua minggu berkempen beliau telah berusaha memastikan pengundi sedia ada kekal menyokongnya dan pada masa sama mendekati serta menyantuni pengundi muda dan Undi18.

“Selepas saya melakukan libat urus melalui ceramah dan perbincangan dengan pengundi muda, saya yakin mereka sedar dan matang dengan apa yang disebutkan.

“Namun, minggu ini saya lihat berlaku pendidikan politik yang agak pantas dan meluas. Ini satu perkara yang baik,” tambahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram