Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Datuk Seri Azmin Ali GAMBAR: Abd Razak Aid

KEMUNGKINAN berlaku kerajaan campuran antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) adalah bergantung kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara utama yang perlu difokuskan ketika ini adalah memenangi banyak kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Tegas beliau, soal penggabungan antara PN dan BN tidak menjadi keutamaan ketika ini.

“Sebab itu kita bertanding 171 kerusi atas tiket PN, dengan harapan kita mendapat sokongan yang wajar, sekurang-kurangnya 112 kerusi.

“Sebab itu kita bertanding 171 kerusi atas tiket PN, dengan harapan kita mendapat sokongan yang wajar, sekurang-kurangnya 112 kerusi,” katanya memetika laporan Astro Awani.

Baca lagi: PN, BN mungkin akan bentuk kerajaan gabungan – Takiyuddin

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, parti itu rela menjadi pembangkang daripada bergabung dengan BN.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak sekali-kali akan bergabung dengan BN memandangkan hubungan yang dianggap masih `keruh’, selain masih mengekalkan pemimpin yang mempunyai kes mahkamah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram