Tidak sempurna kunjungan jemaah haji atau umrah andai tidak berkunjung ke Raudhah dan Makam Nabi Muhammad SAW yang terletak di area Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi,.

Kebiasaannya pihak berkuasa Arab Saudi akan mengehadkan masa jemaah untuk menunaikan ibadah sunnah dan berdoa, dan sukar untuk menembusinya andai anda tidak melakukan tempahan pada aplikasi yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, Surtima Yusof sudi berkongsi cara paling mudah untuk menziarahi Raudhah dan makam Rasulullah SAW tanpa perlu berurusan di aplikasi Nusuk.

“Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah..dapat curi masa sikit buat post ni. Maaf le belum sempat layan komen dekat post sebelum-sebelum ni nanti makcik reply slow-slow.

Makcik ajar masuk ziarah Rasulullah ﷺ serta masuk Raudah (ikut nasib la ye) TANPA Nusuk ( apps masuk Raudah ) untuk bakal jemaah yang terdekat nanti ye. Cara makcik ni lebih kepada untuk yang pertama kali umrah, yang banyak kali tu mungkin dia cepat faham insya-Allah.

Sebelum berangkat tu, awak upload siap-siap apps Nusuk pada hp awak. Sediakan satu acc email siap-siap. Acc tak boleh share tau, kene satu sorang begitu juga hp dan apps Nusuk. Manalah tau kot ada yang bawa mak atau ayah yang dah berusia. Wajib seorang satu semua. Nanti awak search la kat youtube ke tiktok ke cara nak isi Nusuk tu ye. Belajar siap-siap kat Malaysia, jangan sampai sana baru nk ambil tahu semua ni. Boleh je isi dekat Malaysia tapi better jangan..isi sama-sama dengan jemaah korang, ikut cakap mutawif korang ye jangan banyak kapten..satu cukup yakni mutawif korang sendiri.

Kalau kata awak sama kes dengan saya, sampai Madinah je memang slot dah penuh semua hingga hari berangkat ke Makkah, awak isi je slot yang paling awal yang masih boleh di isi. Nanti sampai masa, benda ini akan membantu awak untuk berdrama minta kesian nak masuk kikikiki. Ada rezeki insya-Allah boleh masuk. Doa je banyak-banyak.

Lepas tu cara saya masuk TANPA Nusuk ye, bukan suka-suka nak masuk TANPA Nusuk. Awak ada slot ke tak ada ke, boleh je join cara ni. Sifu saya masuk 9 kali tau 😝🤣.

Pastikan awk solat di ruangan solat wanita pintu masjid No.29. Duduk saff depan, datang awal ye. Awak cari berhampiran dengan dinding yang ada label pintu 31 dari dalam. Tengok gambar saya ada tunjuk. Duduk saff dekat-dekat situ duk depan tak mau belakang sebab sifu-sifu perang secara santai ni banyak lepak area situ. Mereka sudah hadam pintu mana akan di lepaskan jemaah masuk ke Raudhah melalui bunyi tapak kaki jemaah berlari. Awak duk saff situ buat ramahkan diri bertanya Raudhah ok. Insya-Allah itu je tips dia, nanti awak akan diberikan petunjuk melalui sifu-sifu kat situ. Ikut je mereka insya-Allah. Selamat maju jaya. Tapi kalau perangai mereka tak santai, perangai mereka macam set perang cerita epik, korang jangan la pula ikut. Mana yang baik ambil mana yang tak senonoh tu tinggalkan.

Pintu masjid bahagian wanita masuk pintu nombor 29 walaupun dari arah mana pagar masjid korang masuk. Cari pintu masjid nombor ni untuk solat.
Dah masuk dalam masjid, perhatikan dinding ada no 31. Awak parking la area situ untuk solat. Kadang-kadang dia buka pintu kecil kayu tu untuk ke Raudhah. Kalau tak buka ada pintu lain dia buka. Dia macam menguji kesabaran awak menunggu dan suruh awak main teka-teki. 

Waktu mereka buka atau lepaskan jemaah biasa lepas Isyak, jangan balik dulu. Tunggu selepas isyak. Juga selepas subuh pun sama. Tunggu Isyak dan Dhuha, kalau waktu lepas tu masih tak ada tanda macam ada Raudah..gerak la balik ok. Cuba lepas Isyak pula nanti.

Baca juga nota kat gambar ye. Makcik kalau menulis dalam huru hara tak berapa nak sampai sangat 😂. Harap gambar-gambar juga dapat membantu korang. Itu sahaja lah yang makcik mampu bagi tips pun. Yang kurang dan yang huru hara itu ialah makcik dan yang memberi kefahaman adalah Allah SWT. Mohon maaf mana yang terlebih yang terkurang.

Kalau pintu dalam tadi tak buka, dia buka pula pintu luar sini. Awak dengar je tapak kaki berlari dan pintu kecil tadi tak buka. Awak keluar dari ruangan solat tadi dan cari pintu saya bulatkan tu. Dia buka pintu situ. Awak slow-slow jalan masuk ok.
Kadang dia juga buka pintu sini.
Contoh panduan Apps Nusuk untuk awak tengok tarikh yang boleh awak tempah untuk ke Raudah.

Jaga akhlak diri ketika dalam Raudhah dan Makam Rasulullah ﷺ ye. Jangan jadi orang gila kat situ. Boleh solat di ruangan bukan Raudhah yang berhampiran Raudhah. Berdiri dalam ruangan Raudhah hanya berdoa sahaja. Ruangan Raudhah untuk kita yang masuk tanpa Nusuk ni sikit je dia bagi dan ia nasib-nasib sahaja dapat ikut rezeki masing-masing. Awak tengok dan KENALI TANDA bunga pada tiang berhampiran tempat orang baca khutbah tu apaa, apa nama dia tibe tak ingat. Tiang yang ada bunga emas ke arah tempat baca khutbah tadi aje Raudhah Ori..lain kawasan. Bukan, makcik tak tau kot rezeki korang macam mana, makcik cerita ni rezeki makcik hari tu ok dan awak ambil sebagai panduan sahaja tau. Semoga manfaat dan semoga berjaya. Jangan lupa sampai situ ingat daku dalam doa Mu 🥰😂.

Makcik gerak mekah tengahari ni ( 7 malam Malaysia ) Doakan makcik sihat ye. Dah ura-ura nak demam ahahahaha. Pape pun gerak lu.

Kredit : Surtima Yusof