SEORANG petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sedarkan diri di atas kereta bugi semasa sedang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS, Jalan Raya Barat, Klang, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima makluman mengenai mangsa berusia 45 tahun pada pukul 12.15 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa dirawat di zon kecemasan dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Hasil keterangan isteri mangsa mendakwa mangsa pernah menerima rawatan sebagai pesakit jantung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Kekecohan di Parlimen Tanah Merah tiada kaitan dengan proses undi – polis

Hoong Fong berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik bagi tujuan bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.

“Kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Sehubungan itu, polis menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh mengugat ketenteraman awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram