Natasha Shahrudin,23, gembira selepas selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 58 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), setakat pukul 2 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian PRU-15 bermula secara rasmi pada pukul 7.30 pagi tadi di Sabah, Sarawak dan Labuan, manakala di Semenanjung Malaysia pula pukul 8 pagi.

Baca artikel lain: PRU-15: 50 peratus keluar mengundi setakat pukul 1 tengah hari

Turut diadakan serentak kali ini ialah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, yang tertangguh berikutan proklamasi darurat bagi mencegah penularan COVID-19.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU-15 mengandungi 21,173,638 pemilih terdiri daripada 20,853,681 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan, dan 2,741 pengundi tidak hadir luar negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram