BINTANG filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra telah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15), hari ini.

Adi,41, menerusi entri di Instagram, turut berkongsi foto jari telunjuk kirinya sudah bertanda dakwat.

“Selamat mengundi  #taatpadayangsatu,” tulis Adi di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Adi menzahirkan rasa bangga kepada aktor itu kerana menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

“Alhamdulillah. Mantap abang ‘Mat Kilau.

“Tahniah Datuk Adi Putra dah laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin kepada negara. Terbaik dan ‘salute’.

“Alhamdullilah terbaik Datuk. Awal dah mengundi,” komen peminat.

Untuk rekod, pada April 2018, Adi yang merupakan anak kelahiran Singapura mendedahkan kepada umum bahawa dia sudah mendapatkan taraf warganegara Malaysia.