SISTEM MySPR Semak mengalami gangguan dan kesesakan berikutan capaian terlampau tinggi sehingga melepasi 2.5 juta persaat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, pihaknya sedang memaksimumkan penggunaan ‘server’ yang ada bagi mengatasi masalah itu.

“Sebagai alternatif pengundi boleh mendapatkan maklumat pengundian sama ada dengan menelefon talian hotline SPR di 03-88927218 atau menyemak di barung SPR di semua pusat mengundi,” katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: PRU-15: 65% keluar mengundi sehingga 3 petang – SPR

Terdahulu, warganet mengadu laman MySPR Semak di mana pengundi boleh menyemak butiran seperti pusat dan saluran mengundi gagal berfungsi.

Perkara itu turut menarik perhatian Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak SPR memperbetulkan segera masalah yang dialami.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram