GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) terus memperkukuhkan kedudukan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas dua lagi kerusi dimenangi iaitu Parlimen Batang Sadong dan Betong.

Calon GPS di Batang Sadong, Rodiyah Sapiee menang dengan memperoleh 18,668 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Lahaji Lahiya yang memiliki 3,775 undi.

Rodiyah menang dengan 14,893 majoriti.

Manakala Richard Rapu @ Aman Anak Begri juga calon GPS menang dengan majoriti 11,302 di Parlimen Betong menewaskan calon PH, Patek @ Patrick Kamis yang memiliki 5,177 undi dan Hasbie Satar, calon Bebas (5,057 undi).

Richard Rapu memperoleh 16,479 undi.

Di Parlimen Betong, seramai 26,713 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka dan 22,443 pengundi pula di Parlimen Batang Sadong mengundi pada PRU-15 ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram