CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meneruskan penguasaan parti itu di kerusi Parlimen Kota Tinggi dengan majoriti 8,390 undi. 

Bekas Menteri Besar Johor itu meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN), Ridhwan Rasman apabila memperoleh 25,410 undi. 

Ridhwan pula mendapat 17,020 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Onn Jaafar dengan hanya 4,903 undi.

Baca artikel berkaitan: [Tidak rasmi] PRU-15: Tengku Razaleigh ketinggalan lebih 4,000 undi di belakang calon Pas 

Seramai 47,333 pengundi telah keluar mengundi daripada keseluruhan 61,291 pengundi berdaftar di Parlimen Kota Tinggi. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), bekas Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang mewakili BN menang dengan majoriti 14,621 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram