Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pagoh buat penggal ketujuh berturut-turut. 

Bekas Perdana Menteri itu berjaya memperoleh 24,986 undi menewaskan dua pencabarnya dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). 

Baca artikel berkaitan: (TAK RASMI) PRU-15: Radzi Jidin mendahului di Putrajaya

Muhyiddin turut berjaya melebarkan majoriti apabila mendapat 10,007 undi berbanding 6,927 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. 

Calon PH, Iskandar Shah Abd Rahman pula memperoleh 14,979 undi manakala Datuk Razali Ibrahim yang mewakili BN menerima 14,426 undi. 

Pada PRU-14, Muhyiddin menang kerusi tersebut apabila memperoleh 23,558 undi. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram