Jentera parti Perikatan Nasional membuat persiapan untuk memasang bendera parti pilihannya sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15. GAMBAR: Abd Razak Aid

SELEPAS enam penggal dikuasai Barisan Nasional (BN), calon Perikatan Nasional (PN),Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi berjaya membuat kejutan dengan menang di kerusi P.095 Tanjong Karang dengan majoriti 2,180 undi.

Zulkafperi berjaya meraih 18,054 undi manakala calon BN, Datuk Habibah Mohd Yusof yang menggantikan penyandang kerusi Parlimen tersebut, Tan Sri Noh Omar hanya meraih 15,874 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Siti Rahayu Baharin pula berjaya meraih 12,314 undi manakala calon Gerakan Tanah Air (GTA), Azlan Sani Zawawi mendapat 3,557 undi.

Baca lagi: Khairuddin bertanding tiket BN, Noh Omar sah digugurkan

Calon bebas, Mohd Rosni Mastol pula berjaya meraih 1,406 undi.

Untuk rekod, jumlah undian oleh pemilih di Parlimen Tanjong Karang adalah sebanyak 51,205 dengan peratusan pengundian sebanyak 83.40 peratus.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram