Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. GAMBAR: Abd Razak Aid

PENYANDANG kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mempertahankan kerusi tersebut selepas menewaskan dua calon lain dalam saingan sengit di kerusi berkenaan. 

Menurut SPR, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu yang memperoleh 19,961 undi, menang dengan majoriti 1,345.

Calon Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin tidak jauh di belakang dengan 18,616 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Mohd Helmy Abd Latif memperoleh 14,581 undi. 

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Tun M ketinggalan jauh di Langkawi

Kerusi Parlimen Muar menyaksikan seramai 68,925 pengundi berdaftar. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Syed Saddiq menang dengan majoriti 6,953 undi. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare