CALON Pakatan Harapan (PH), Onn Abu Bakar kini sedang mendahului Parlimen Batu Pahat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Onn setakat ini memperoleh 25,489 undi dalam pertembungan lima penjuru di kerusi tersebut.

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Rashid Hasnon mengekori rapat dengan 15,662 undi, diikuti calon Barisan Nasional (BN), Ishak Mohd Farid Siraj melalui 13,202 undian.

Manakala, calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Zahari Osman masing-masing memperoleh 254 serta 144 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram