Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin. GAMBAR: Abd Razak Aid

CALON Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin kini mendahului undi di Parlimen Putrajaya dengan majoriti 830 undi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mohd Radzi mendapat 4,375 undi berbanding penyandangnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dari Barisan Nasional (BN) dengan 3,545 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz pula mendapat 1,556 undi manakala calon Pejuang, Datuk Mohd Rosli Ramli dengan 247 undi.

Sementara, dua calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi mendapat tujuh undi dan Lim Fice Bee pula tiga undi.

Kerusi Parlimen Putrajaya sebelum ini dimenangi Tengku Adnan sejak 18 tahun yang lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram