SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook setakat ini selesa di hadapan pencabar yang lain bagi kerusi Parlimen Seremban. 

Penyandang kerusi Parlimen Seremban itu selesa dengan memperoleh 10,377 undi mengatasi empat pencabar lain. 

Calon Barisan Nasional (BN), Felicia Wong Yin Ting yang mendapat 2,794 undi manakala Fadli Che Me mewakili Perikatan Nasional (PN) dengan 2,303 undi. 

Baca artikel berkaitan: (RASMI) PRU-15: Hanifah Hajar menang di Mukah

Dua lagi calon yang bertanding iaitu Mohamad Jani dari Pejuang dan calon Bebas, Izzat Lesly masing-masing hanya memperoleh 135 serta 70 undi. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Anthony Loke menang besar apabila memperoleh 55,503 undi dengan majoriti 30,694 undi. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram