Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Datuk Seri Azmin Ali GAMBAR: Abd Razak Aid

PERSAINGAN di kerusi P.098 Gombak menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari mendahului bilangan undian sebanyak 12,687 undi setakat ini.

Berada di belakang beliau adalah penyandang kerusi Parlimen tersebut, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mewakili Perikatan Nasional (PN) dengan jumlah undian 8,157 undi.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin mendapat 5,220 undi manakala calon Pejuang-Putra, Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir mendapat 401 undi.

Calon Bebas, Zulkifli Ahmad pula mendapat 92 undi setakat 8.29 malam tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram