Berdepan saingan tiga penjuru, calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Kluang, Zulkarnain Elias sedang selesa mendahului pencabar lain.

Setakat pukul 6.22 petang, kelebihannya sebagai anak tempatan dapat dilihat menarik undian di hadapan sebanyak 764 undian berbanding pencabar terdekat Gan Ping Sieu dari Barisan Nasional dengan 623 undian.

Zulkarnain mendahului dengan majoriti 141 undi berdasarkan kiraan tidak rasmi daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 132,342.

Terdahulu, calon Pakatan Harapan, Wong Shu Qi menang kerusi Parlimen Kluang pada PRU 14.

Kredit Foto : Sinar Harian