Keputusan tidak rasmi ketika ini menunjukkan PERIKATAN NASIONAL (PN) sedang mendahului di dua buah parlimen di Pulau Pinang.

Hng Chee Wey yang bertanding untuk P048 BUKIT BENDERA kini sedang mendahului, begitu juga dengan P051 Bukit Gelugor yang diwakili Thinaganarabhan Padmanabhan.

Pada PRU 14 yang lalu, parlimen Bukit Bendera dimenangi oleh wakil dari PKR iaitu Wong Hon Wai dengan majoriti 9,318 undi.

Manakala di parlimen Bukit Gelugor juga dimenangi PKR iaitu Ramkarpal Singgh A/L Karpal Singh dengan majoriti 9,671 undi.

Berita lanjut menyusul.