Calon Perikatan Nasional, Nor Afzainizam Salleh selesa mendahului saingan tiga penjuru di Parlimen Ipoh Timor. Undian setakat pukul 6.43 petang, Afzainizam jauh meninggalkan dua pencabar terdekat dengan 444 undian dengan majoriti 320.

Afzainizam berdepan saingan sengit daripada calon Pakatan Harapan, bendahari DAP Perak, Howard Lee dan Ng Kai Cheong daripada Barisan Nasional.

Terdahulu, Wong Kah Who daripada Pakatan Harapan memperoleh 56, 519 undi dengan majoriti 42,797 undi Ketika menentang Kathleen Wong Mei Yin daripada BN pada PRU14.