Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang pihaknya kini mempunyai lebih 112 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Anwar turut yakin akan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 selepas mempersembahkan jumlah sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong esok.

Begitupun, Ahli Parlimen Tambun itu tidak mendedahkan pihak dan parti mana yang akan bergabung dengan PH.

“Kita sejak semalam berpandukan apa yang sudah dicapai selamai ini, proses itu sudah diminta melalui Yang di-Pertuan Agong, kita ikut proses itu.

“Kerjasama dengan parti itu telah disiapkan, cuma saya nak ia dilakukan dengan lebih rasmi, nanti parti itu akan keluarkan kenyataan.

“Apapun saya gembira kerana kami telah bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini (pembentukan kerajaan persekutuan),” katanya malam tadi.

Baca lagi: PH ada lebih 112 kerusi Parlimen untuk bentuk kerajaan, kata Anwar