abang
Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) tidak menolak kemungkinan akan berlaku pembentukan kerajaan gabungan di peringkat Persekutuan.

Pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan diadakan bagi tujuan tersebut.

“Saya tidak ada butiran daripada rakan kita di Semenanjung tapi saya jangkakan bahawa mungkin akan terbentuk kerajaan campuran,” katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Abang Johari menegaskan, GPS menyasarkan untuk memenangi lebih 20 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan perkara itu melepasi jangkaan.

Pada masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang terus menyatakan sokongan kepada GPS.

Ujarnya, kemenangan diperoleh hari ini menunjukkan bahawa GPS dan Sarawak memiliki suara yang kuat serta tidak boleh dikesampingkan.

“Terima kasih kepada rakyat Sarawak yang telah memberi kepercayaan kepada GPS untuk menyuarakan apa sahaja yang dikehendaki kita dalam manifesto dibawa ke Dewan Rakyat.

“Kita telah menambahkan kerusi kita daripada PRU-14, kalau dulu kita ada 18 kerusi, hari ini kita ada 21, kalau dikirakan yang dua lagi bermakna kita ada 23.

“Ini adalah satu tanda bahawa Sarawak mempunyai suara yang kuat dalam PRU-15, sekali lagi saya ucapkan terima kasih,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram