Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein GAMBAR: Abd Razak Aid

CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menegaskan beliau menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam usaha membentuk kerajaan.

Menteri Kanan Pertahanan yang juga Setiausaha Agung BN berkata, rakyat telah membuat pilihan dalam PRU-15 dan ia harus dihormati dan insafi.

“Jelas – tiada satu parti pun berupaya membentuk kerajaan. Parlimen kini tergantung,” katanya dalam Twitter miliknya.

Sehingga awal pagi ini, BN telah mengalami kekalahan yang teruk dan tiada mana-mana gabungan parti termasuk Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan yang berjaya memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Hishammuddin berkata, negara dan rakyat memerlukan kerajaan yang stabil dan BN mesti bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.

“Namun, saya konsisten sejak sebelum ini lagi dan saya tetap teguh pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan SPR, Hishammuddin meraih sebanyak 22,572 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Hasni Abas (11,692) dan Perikatan Nasional (PN), Joe Aziz iaitu 6,666.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram