Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin GAMBAR: Abd Razak Aid

REFORMASI dalam UMNO perlu dilakukan dengan kadar segera bagi memastikan parti itu mampu kembali relevan buat rakyat pada masa akan datang.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga perlu meletakkan jawatan secara bermaruah atas kekalahan memalukan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

“Apabila kalah dalam peperangan, panglima besar mesti ada maruah untuk mengambil tanggungjawab.

“Lebih-lebih lagi apabila strategi perang yang diatur oleh panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur.

“Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi UMNO tidak boleh ditangguh lagi” katanya menerusi ciapan di Twitter petang tadi.

Baca lagi: Saranan Perdana Menteri betul, tumpu pada pilihan raya – Khairy Jamaluddin

Terdahulu, ramai pemimpin UMNO mula memberanikan diri untuk bersuara secara terbuka menolak Ahmad Zahid sebagai Presiden parti.

Antara pemimpin terawal yang berani menyatakan penolakan terhadap Ahmad Zahid ialah Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran di Facebook.

Kemudian, Ketua Penerangan UMNO sendiri iaitu Shahril Sufian Hamdan turut menyusuli nada Onn Hafiz yang mahu Ahmad Zahid letak jawatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram