Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Tan Sri Noh Omar. - GAMBAR: Abd Razak Aid

KEMELUT dalam UMNO dilihat semakin meruncing susulan kekalahan memalukan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila pemimpinnya meletakkan jawatan seorang demi seorang.

Bermula dengan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, kini Tan Sri Noh Omar turut mengambil tindakan sama dengan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

Baca lagi: PRU-15: Ahmad Zahid perlu letak jawatan segera – Onn Hafiz

Senada dengan Shahril, Noh turut menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur dan melepaskan jawatan.

Terdahulu, Pengarah Operasi Pilihan Raya BNJohor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan tegas telah membuat kenyataan terbuka untuk menggesa Ahmad Zahid letak jawatan.

Jelas Onn Hafiz, langkah itu sebagaimana dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah berjiwa besar meletakkan jawatan sebagai Presiden pada 2018.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram