Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani GAMBAR: Abd Razak Aid

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) terus bersiap sedia dalam menghadapi fasa pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan tempoh pembentukan kerajaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, semua elemen telah digerakkan untuk memastikan ketenteraman awam terjamin.

Menurut beliau, PDRM akan mengambil tindakan tegas bagi menangani tindakan mana-mana pihak yang dikesan cuba mengancam tahap keselamatan negara.

“PDRM mendapati proses pembuangan undi bagi PRU-15 telah berlangsung dengan lancar.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Warisan sokong kerajaan Persekutuan beri kestabilan

“PDRM juga menyeru dalam tempoh pasca PRU-15 ini, tiada mana-mana pihak cuba menimbulkan perkara-perkara yang boleh mengganggu-gugat keselamatan serta ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PRU-15 berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Keputusan PRU-15 yang dikeluarkan SPR hingga 20 Nov untuk 220 kerusi Parlimen menyaksikan Pakatan Harapan memenangi 76 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (51), Barisan Nasional (30), PAS (22), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam) dan DAP (lima).

Warisan pula memenangi tiga kerusi, Bebas (dua), MUDA (satu), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) satu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram