Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. GAMBAR: Abd Razak Aid

PRESIDEN Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa gabungan parti itu kini mempunyai lebih daripada 112 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Beliau berkata, PH sudah mencapai persetujuan dan persefahaman dengan beberapa pihak bagi tujuan berkenaan.

Katanya, pakatan itu kini mempunyai majoriti melebihi 112 kerusi Parlimen untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

“PH blok terbesar memperoleh jumlah mencukupi untuk membentuk kerajaan dengan suara majoriti.

“Kami mencapai persefahaman dan persetujuan untuk membentuk kerajaan apabila ada perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung.

Baca lagi: Persona Anwar, prestasi Ismail Sabri dan rekod pencapaian Muhyiddin jadi taruhan – Ilham Centre

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram