Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media khas mengenai penubuhan parti-parti gagasan baharu yang dinamakan sebagai Gerakan Tanah Air di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mencipta satu lagi kejutan apabila buat pertama kalinya Tun Dr Mahathir Mohamad tewas buat pertama kali ketika bertanding dan lebih menyedihkan, hilang deposit.

Penyandang kerusi Parlimen Langkawi itu tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang berjaya meraih 13,518 undi majoriti.

Berdasarkan kiraan undi yang dilakukan, Mohd Suhaimi berjaya meraih 25,463 undi diikuti calon Barisan Nasional (BN), Armishah Siraj dengan 11,945 undi.

Berada di kedudukan ketiga adalah calon Pakatan Harapan (PH), Zabidi Yahya dengan 5,417 undi manakala Dr Mahathir pula mendapat 4,566 undi.

Calon bebas, Abd Kadir hanya mendapat 89 undi.

Untuk rekod, pengundi berdaftar di Langkawi adalah 66,777 manakala jumlah peratusan keluar mengundi sebanyak 71.10 peratus.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram