Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh GAMBAR: Abd Razak Aid

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mendahului sebanyak 35 kerusi setakat pukul 12.15 tengah malam ini. 

Keputusan rasmi itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media hari ini. 

Menurut Abdul Ghani, sebanyak 112 daripada 220 kerusi yang dipertandingkan hari ini telah pun diumumkan secara rasmi. 

Baca artikel berkaitan: (RASMI) PRU-15: Mohd Radzi menang di Putrajaya dengan majoriti 2,310 undi

Abdul Ghani berkata, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 33 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 16 kerusi setakat ini. 

Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula menguasai sebahagian besar kerusi Parlimen di Sarawak dengan membolot 20 kerusi. 

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Sabah pula memperoleh empat kerusi setakat ini manakala Parti Warisan dua kerusi; Parti Bangsa Malaysia (PBM) satu kerusi dan Bebas memperoleh satu kerusi. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram