Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli GAMBAR: Abd Razak Aid

TIMBALAN Presiden PKR, Rafizi Ramli kembali ke Parlimen dengan bergaya apabila menang besar di kerusi Pandan menerusi majoriti 48,296 undi. 

Rafizi yang memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) memperoleh 74,002 undi. 

Beliau jauh meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Farique Zubir Albakri yang memperoleh 25,706 undi. 

Baca artikel berkaitan: [Tidak rasmi] PRU-15: Mahathir hampir pasti tewas di Langkawi

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Leong Kok Wee pula mendapat 11,664 undi. 

Dua lagi calon iaitu Tan Sri Ong Tee Keat pula menerima 3,323 manakala Nadia Hanafiah yang mewakili Pejuang memperoleh 961 undi. 

Pada PRU-14, Wan Azizah memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh 64,733 undi dengan majoriti 52,543 undi. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram