Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. - GAMBAR: Abd Razak Aid

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memenangi kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan memperoleh 53,075 undi.

Mohamad yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) menewaskan pesaing dari Pakatan Harapan (PH), Jufitri Joha yang memiliki 33,178 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Nazree Yunus memperoleh 21,875 undi. Seorang lagi calon, dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), Cikgu Tina mendapat 779 undi, sekali gus hilang deposit pada pilihan raya umum ini.

Mohamad menenangi kerusi ini dengan majoriti 19,897 undi. Pada PRU-14 lalu, Khairy Jamaluddin dari BN, memenangi parlimen ini dengan 36,096 undi dan majoriti, 4,364 undi.

BERITA BERKAITAN Tok Mat pilihan KJ di Rembau, yakin menang di Sungai Buloh

Melalui hantaran di Facebooknya, Mohamad menzahirkan ucapan syukur di atas kemenangan di kerusi Rembau.
Syukur Alhamdulillah saya diberi amanah untuk mewakili BN di Parlimen Rembau Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pengundi2 di Rembau yg telah memberi kepercayaan kepada saya.

Terima kasih juga kepada seluruh jentera UMNO- Barisan Nasional Rembau, Friend of BN Rembau, pihak keselamatan, SPR, sahabat serta semua yang terlibat bertungkus lumus turut membantu ketika kempen kali ini. Semoga Allah SWT jua yang mampu membalasnya, Aamiin,’’ katanya.

Dalam perkembangan lain, UMNO dan BN dijangka akan mengadakan beberapa siri mesyuarat paringkat tertinggi di Ibu Pejabat parti itu hari ini.

Hantaran tweet Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan, langkah segera yang UMNO akan lakukan ialah mengadakan dua mesyuarat penting, satu ialah Mesyuarat Tertinggi BN yang akan diadakan pada pukul 8 malam ini. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram