Sedapnya daging masak hitam ini. Bagi penggemar daging, resipi ini wajib anda cuba. Jom lihat bahan dan cara menyediakan juadah yang menyelerakan ini.

BAHAN-BAHAN
1 kg daging | potong kecil
2 sudu besar kerisik
2 hingga 3 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula perang secukupnya

BAHAN KISAR
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

BAHAN-BAHAN TUMIS
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2-3 kuntum bunga cengkih

CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan 2 hingga 3 sudu besar minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumis hingga wangi.
2.Masukkan bahan-bahan kisar dan cili kisar lalu tumis sehingga pecah minyak.
3.Masukkan daging, sedikit air dan didihkan hingga empuk.
4.Masukkan kicap, air asam jawa, kerisik dan didihkan sebati. Jika kuah terlalu pekat,tambah sedikit air.
5.Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula perang secukup rasa.

Resipi – Suwarsi Marukin

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram