Calon Barisan Nasional Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin. GAMBAR: Abd Razak Aid


CALON Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin bagi kerusi Parlimen P.107 Sungai Buloh menerima kekalahan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R. Ramanan secara positif.

Khairy berkata, beliau telah pun berusaha sebaik mungkin untuk menambat hati pengundi di Sungai Buloh.

“Terima kasih kepada pengundi P.107 Sungai Buloh. Saya telah berusaha sehabis baik. Tahniah kepada Dato Ramanan. Selamat berkhidmat. 

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia. It was one of the greatest privileges of my life to have served as your Health Minister during the pandemic,” katanya menerusi Twitter.

Baca lagi: Mampukah Khairy lepasi laluan berduri atau rebah di Sungai Buloh?

Terdahulu, keputusan undian di kerusi Parlimen Sungai Buloh menyaksikan Khairy tewas kepada Ramanan dengan majoriti 2,693 undi.

Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara PH, BN, Perikatan Nasional, Pejuang, Parti Rakyat Malaysia dan dua calon Bebas.

Walaupun tewas, Khairy masih mampu memberi cabaran sengit apabila berjaya merapatkan jurang majoriti 26,634 yang berjaya diraih PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram