GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) bersetuju untuk bergabung dengan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentk kerajaan persekutuan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu adalah demi mengukuhkan dan menstabilkan negara dan kesejahteraan rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara terpelihara, maka sebuah kerajaan yang stabil dan kuat haruslah dibentuk dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan.

Baca lagi: (RASMI) PRU-15: GPS perkukuh kedudukan di Sarawak

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, GPS memaklumkan yang Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pilihan untuk menjadi Perdana Menteri ke-10.

Berita penuh menyusul.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram