PERIKATAN Nasional (PN) menegaskan tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan gabungan.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media, sebentar tadi.

“Tidak, not with PH (tidak dengan PH),” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, perbincangan membentuk kerajaan akan dijalankan bersama parti-parti di Sabah dan Sarawak termasuk mereka yang boleh menerima prinsip perjuangan PN.

Katanya, perbincangan itu kini disifatkan sebagai amat menggalakkan dan akan cuba dimuktamadkan segera selewat-lewatnya petang nanti.

“Bagi tujuan pembentukan kerajaan Persekutuan, saya akan berbincang dengan pimpinan parti-parti di Sabah dan Sarawak dalam masa yang terdekat.

“Demi menjamin kestabilan, PN juga mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti yang bersedia menerima prinsip perjuangan PN untuk membentuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil

“Andai kata PN berjaya bentuk kerajaan bersama parti-parti lain yang sehaluan, tumpuan PN adalah untuk melaksanakan semua tawaran PN BEST,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram