Nurul Izzah Anwar -GAMBAR: FACEBOOK NURUL IZZAH

“PELUANG mewakili Permatang Pauh di dalam Dewan Rakyat adalah salah satu daripada penghormatan terbesar dalam hidup saya.”

Itu kata Nurul Izzah Anwar atau Puteri Reformasi yang menerima kekalahan di kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan hati yang terbuka.

Menurut Nurul Izzah, keputusan itu merupakan demokrasi yang sentiasa dipertahankan dalam mana-mana pilihan raya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas peluang dan ruang yang diberikan.

Nurul Izzah turut mengucapkan tahniah kepada semua yang telah diberikan mandat pada PRU-15 ini.

“Di Permatang Pauh lah, bermulanya Kajian Kemiskinan Pelbagai Dimensi pasca COVID-19 yang pertama di Malaysia dan akhirnya diangkat di peringkat Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebagai kaedah menilai kemiskinan dan pendapatan garis kemiskinan (PGK) merentasi pendapatan semata-mata.

Baca artikel berkaitan: (TIDAK RASMI): Nurul Izzah ketinggalan di Permatang Pauh

“Buat pengundi serta penyokong saya yang dikasihi, kasih dan dukungan anda memberi saya kekuatan dalam mendepani cabaran hidup dan masa hadapan.

“Jangan bimbang, teman-teman seperjuangan. Berkat usaha, doa, Insya-Allah I’ll be back (saya akan kembali),” katanya dalam hantaran di Instagram.

Keputusan di Permatang Pauh mencatatkan antara kejutan terbesar pada PRU-15 apabila Nurul Izzah yang mewakili Pakatan Harapan (PH) tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272 undi.

Situasi itu menjadikan kerusi Permatang Pauh akhirnya diserahkan kepada parti lawan selepas 40 tahun menjadi ‘milik’ keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar pertama kali bertanding di kerusi tersebut pada PRU-6 pada tahun 1982 apabila mengalahkan calon Pas, Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi atas tiket Barisan Nasional (BN).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram