Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan dirinya menjadi punca kekalahan gabungan parti itu.

Jelas beliau, kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah perkara biasa dalam politik.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau menerima hakikat penolakan rakyat dalam pilihan raya kali ini.

“Ini lumrah politik, kadang di atas, kadang di bawah, kadang kita terpaksa menghadapi gelombang yang pelbagai, tak ada pilihan, kita istiqamah.

“Dulu pun Bossku disalahkan begitu juga. Saya menerima hakikat pengundi-pengundi telah pun membuat keputusan, dan kita harus menghormati keputusan itu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram