Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. GAMBAR: Abd Razak Aid

TIADA mana-mana pihak berhak mewakili Barisan Naisonal untuk berunding dengan mana-mana parti politik tanpa mandat Dewan Tertinggi BN.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, MCA terkejut dan kecewa dengan penangguhan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan malam ini.

Tegas Sin Woon, MCA juga menggesa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk letak jawatan susulan kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“MCA juga menyatakan pendirian bahawa kita telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Ahamd Zahid sebagai Pengerusi BN.

“Beliau haruslah meletakkan jawatan dengan terhormat supaya seorang pemimpin baharu dapat mengambil alih puck pimpinan BN untuk menentukan hala tuju parti,” katanya dalam kenyataan.

Baca lagi: PRU-15: BN terima keputusan, anggap isyarat besar rakyat – Ahmad Zahid

Mengulas lanjut, Sin Woon berkata, keperluan Mesyuarat Dewan Tertinggi diadakan adalah amat penting untuk membincangkan situasi politik terkini dan membuat keputusan BN sebagai satu blok.

Katanya, MCA berpendapat bahawa pemangku pengerusi BN perlu mengadakan Mesyuarat Dewan Tertinggi dengan kadar segera.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram