Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan mengadakan sidang media di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin gabungan itu dapat membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN) hasil daripada perbincangan kedua-dua pihak pagi ini.

Anwar berkata, PH telah menemui tujuh wakil daripada BN pagi ini dalam mengadakan perbincangan potensi penubuhan kerajaan persekutuan di bawah kepimpinannya dan bersetuju secara dasar mengenai keperluan menubuhkan kerajaan yang stabil.

“Saya berpuas hati dengan perkembangan dengan perbincangan pagi tadi dan komitmen yang diberikan oleh wakil BN yang memohon sedikit waktu untuk memuktamatkan keputusan selepas berunding dengan semua pihak berkaitan,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menyatakan sangat optimis akan berjaya membentuk kerajaan yang lebih telus dan demokratik untuk faedah rakyat.

Ditanya mengenai penolakan beberapa Ahli Parlimen BN mengenai kerjasama dengan kerajaan PH atau DAP, Anwar menjelaskan kerajaan baru yang akan dibentuk nanti adalah kerajaan rakyat, bukannya kerajaan PH atau DAP yang khusus.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram