Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional mengadakan sidang media di Seri Pacific Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

BARISAN Nasional (BN) setakat ini tidak menyatakan sokongan untuk menyertai mana-mana gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan sehingga Majlis Dewan Tertinggi BN membuat keputusan terakhir mengenainya.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehubungan itu, kenyataan mana-mana gabungan yang menyatakan BN telah bersama mereka bagi menubuhkan kerajaan adalah tidak benar.

Beliau juga menegaskan mana-mana Ahli Parlimen BN yang menandatangni apa-apa dokumen termasuk Akuan Bersumpah yang menyokong pencalonan mana-mana individu sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah dan melanggar peraturan parti.

“Setakat ini, BN tidak mengikuti mana-mana gabungan termasuk Perikatan Nasional kerana tiada rundingan yang dibuat antara kedua-dua pihak,” kata Presiden UMNO tersebut dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan 27 Ahli Parlimen BN di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai tarikh akhir menyatakan SD kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini, Ahmad Zahid memohon agar BN diberi lanjutan masa untuk melakukan tindakan tersebut bagi membolehkan Dewan Tertinggi BN membuat keputusan akhir.

“Keputusan tersebut adalah bergantung kepada rundingan yang akan dijalankan oleh jawatan kuasa rundingan dengan pihak terbabit yang ketika ini belum dilaksanakan,” tambahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram